Pages

Saturday, 7 November 2009

Aku mula tahu pasal ‘novel cinta’ tu ketika di bangku sekolah sewaktu aku menuntut di tingkatan 4 di sekolah yg aku sangat benci(but somehow the school turns out to be a blessing in disguise)


Selepas solat asar kami selalunya akan mendengar tazkirah pendek yg slalu diberikan oleh kakak senior.aku masih ingat tazkirah yg diberikan petang itu.
Kakak senior mengajukan soalan secara terbuka “kenapa kita kekadang boleh baca novel sampai nangis2?” ada yg jawab sebab kita paham,ada yg kata sbb kt menghayati jalan cerita dalam novel tu malah kekadang sampai menjiwai watak dalm novel tu tu pasal kekadang tu boleh sampai nangis!,dan ada yg secara spontannya jawab sbb best giler baca novel!Dan seperti biasa kakak senior yg lemah lembut dan baik hati tu menjawab semua betul,tiada jawapan salah!
Sambung kakak senior(KS sbb tak larat nak taip pepanjang)lagi “tapi kenapa bila kita baca Quran kita langsung tak nangis?

Ya betul!


Jawapannya adalah


1.sbb kita tak paham

2.sbb kt tak menghayati jalan cerita yg ada dalam Quran/tak menjiwai watak tersebut(contohnya:betapa besarnya dugaan yg menimpa para rasul dalam menegakkan agama Allah,betapa hebatnya tentangan dari kaum sendiri even kekadang anak isteri sendiri menolak.Rasa2 waktu tu diorang tak sedih ke? Tapi kenapa kita sedikit pun tak tersentuh@turut merasai kesedihan mereka?menangis jauh sekali la!)

3.tak best ….. What?!! Ok pegi belajar Quran sampai habis dulu pastu baru datang sini balik ye.Tafsir sekali,jgn lupa!
……………………………………………………………..

Those were the good old days…skarang ni ntah kenapa aku mencari semula novel cinta tu……….